Kematian seorang budak selepas memakan juadah yang dibeli di Bazar Ramadan telah mengejutkan negara. Kebersihan sesuatu juadah yang ingin dijual di Bazar Ramadan kini semakin diragui. Akibatnya, ada juga peniga yang terkena tempias dek kejadian yang menyayat hati ini. Agensi berita BERNAMA semalam melaporkan 11 peniaga di Terengganu diarah menghentikan operasi perniagaan mereka selepas sampel makanan yang mereka jual didapati mengandungi bakteria berbahaya. Mari baca..
Bazar Aidilfitri Jalan TAR
Selain Bazar Ramadan yang menjadi salah satu perkara WAJIB dalam Masyarakat Malaysia, satu lagi bazar yang sangat tersohor lagi popular mula menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi selepas tarikh 15 Ramadan berlalu. Malah 2 hari berikutnya tempat ini menjadi tumpuan rakyat Selangor dan masyarakat yang bekerja di Selangor untuk datang ke sini. Tidak lain tidak bukan, Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Beli, Makan, Mati
Sekali baca tajuknya seperti slogan, 2 kali baca.. Sedih.. Rasanya ini kes pertama melibatkan kematian pengunjung Pasar Ramadan yang memakan juadah yang dibeli di sana. Menurut berita yang disampaikan, juadah yang dinyatakan adalah Air batu Campur dan Otak-Otak. Tapi bagi penulis, suspeknya adalah Otak-Otak.
JAKIM TIDAK HALAL?
Status yang sering ditanya oleh masyarakat selepas status rumahtangga ini kian menjadi tumpuan. Bermula dengan “beer” tanpa alkohol, kemudian “butter” pula, dan kini ulang tayang khabar angin yang diulang-ulang selama 7 tahun. Apa sebenarnya yang menghangatkan isu ini kalau bukan masyarakat sendiri yang semakin “berlagak bijak” dan mahu dirinya menjadi “jaguh” dalam menyampaikan maklumat yang KONONNYA tepat, mutakhir dan jitu.
Berhati-Hati Membeli Juadah Di Pasar Ramadan
Salam Ramadan semua. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca MyPasarMalam. Apabila tibanya bulan Ramadan, sudah pasti sebahagian pasar malam akan kurang beroperasi kerana operasi harian Pasar Ramadan bermula. Boleh dikatakan waktu berehat la juga bagi peniaga yang tidak menjual makanan. Namun, bagi peniaga makanan, bulan ini datang dengan peluang berniaga yang sangat besar.











