Berhenti Sebelum MATI

Berhenti Sebelum Mati

Kematian seorang budak selepas memakan juadah yang dibeli di Bazar Ramadan telah mengejutkan negara. Kebersihan sesuatu juadah yang ingin dijual di Bazar Ramadan kini semakin diragui. Akibatnya, ada juga peniga yang terkena tempias dek kejadian yang menyayat hati ini. Agensi berita BERNAMA semalam melaporkan 11 peniaga di Terengganu diarah menghentikan operasi perniagaan mereka selepas sampel makanan yang mereka jual didapati mengandungi bakteria berbahaya. Mari baca..

Peniaga Jual Makanan, Minuman Dicemari Bakteria Diarah Henti Operasi

BESUT, 18 Ogos (Bernama) — Sehingga kini sudah 11 peniaga makanan dan minuman di Bazar Ramadan di Terengganu diarah menghentikan perniagaan selepas mereka didapati menjual makanan yang dicemari dengan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar berkata sampel makanan tercemar itu diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang membuat pemeriksaan di semua Bazar Ramadan seluruh negeri sejak awal Ramadan.

Beliau berkata 11 daripada 178 sampel makanan dan minuman dari Bazar Ramadan yang diambil sejak beberapa hari lalu didapati mengandungi bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Sampel makanan yang tercemar itu dikesan di tujuh gerai di Kemaman, tiga di Kuala Terengganu dan satu di Marang yang diambil sejak awal puasa baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut beliau sehingga semalam, pihak Jabatan Kesihatan Negeri sudah memeriksa 2,075 gerai yang dikendalikan oleh seramai 5,114 pengendali yang berdaftar.

— BERNAMA

Sampel diambil sejak awal Ramadan. Kini sudah lebih separuh Ramadan dan bakal masuk ke trimester ketiga Ramadan. Persoalannya, apa yang terjadi pada separuh pertama Ramadan? Berapa ramai pengunjung yang membeli juadah ini menerima akibat paling kurang cirit birit?

Peniaga Bazar Ramadan mahupun Pasar Malam biasa terutamanya yang menjaual makanan perlu mangambil berat soal kebersihan bukan sahaja pada makanan, tetapi pada gerai masing-masing. Jangan sampai pengunjung nampak JIJIK hendak beli makanan anda.

Salam Ramadan, Salam Lebaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *