JAKIM TIDAK HALAL?

Status yang sering ditanya oleh masyarakat selepas status rumahtangga ini kian menjadi tumpuan. Bermula dengan “beer” tanpa alkohol, kemudian “butter” pula, dan kini ulang tayang khabar angin yang diulang-ulang selama 7 tahun. Apa sebenarnya yang menghangatkan isu ini kalau bukan masyarakat sendiri yang semakin “berlagak bijak” dan mahu dirinya menjadi “jaguh” dalam menyampaikan maklumat yang KONONNYA tepat, mutakhir dan jitu.

Namun sedar atau tidak, emosi yang menguasai diri itu menyebabkan masyarakat “bijak lagi perihatin” ini menjadi penyebar FITNAH terbesar dalam masyarakat. Sebagai contoh, Starbucks Coffee yang menjadi mangsa fitnah masyarakat selama hampir 7 tahun. Puas lah pihak Starbucks sendiri mengeluarkan kenyataan saban tahun mengenai hal ini. Penatlah juga pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan yang sama setiap tahun. Namun keputusan akhir masyarakat “bijak lagi perihatin” ini tetap dengan satu keputusan. HARAM!

Jika itulah keputusannya, saya boleh simpulkan..

JAKIM TIDAK HALAL!

Apa agaknya perasaan pegawai-pegawai JAKIM yang bertungkus lumus memastikan setiap perincian diambil kira bagi memastikan Sijil Halal yang dikeluarkan kepada syarikat, premis, menu dan bahan makanan / minuman ini betul-betul HALAL? Begitu mudah masyarakat mempercayai fitnah sosial daripada kenyataan rasmi badan berwajib. Walaupun telah diperjelaskan oleh segelintir masyarakat yang mengkaji sumber-sumber, namun sia-sia. Apa puncanya? INTERNET. Terima kasih kepada Internet!

Terima Kasih Kepada INTERNET, Starbucks Coffee akan sentiasa TIDAK HALAL

Terima Kasih Kepada INTERNET, Colgate akan sentiasa TIDAK HALAL

Terima Kasih Kepada INTERNET, McDonalds akan sentiasa TIDAK HALAL

Jadi? Mana yang halal sebenarnya? Meskipun dah tersenarai dalam Direktori Halal JAKIM pun dikatakan TIDAK HALAL?

Baiklah, siapa orang Petaling Jaya? Pernah William Corner? Pernah Ke SS2 Murni? Adakah kedai makanan ini ada Sijil Halal daripada JAKIM? Kalau tiada, siapa yang selalu datang ke sana kalau bukan orang kita juga? Siapa nak sahkan kedai-kedai makan ini betul-betul mencapai piawaian HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM? Eh, buat apa nak libatkan JAKIM lagi.. kan JAKIM TIDAK HALAL!

Salam Ramadan. 🙂

4 Comments on “JAKIM TIDAK HALAL?”

  1. susah nk memastikan kehalalan yang bebetul baik. namun starbucks patut diboikot.. ppim dah wujudkan kempen boikot starbucks dan beberapa company terpilih proxy yahudi.. lebih baik beli dgn orang2 Islam yang baik dan diyakini halalnya.

  2. @code7,

    Salam

    proksi yahudi atau tidak bukan soalnya dalam kes di entri ini. itu pula hak masing-masing. namun fitnah yang disebar memfokuskan kandungan dalam makanan yang dikatakan tidak halal.

    Pihak berkenaan sudah memberikan guideline, terpulang kepada kita untuk ikut atau tidak, dan bukan hak kita untuk menidakkan apa yang telah termaktub. 🙂

    terima kasih atas komen.

  3. Dulu mungkin sy join skali sebar2 konon nak tolong sesama insan. tapi bila asyik tengok ayat yg sama berulang kali saya jadi xyakin lagi. mestinya tu benda lama yang asyik dibangkit2kan. tu yang skang org letak la camne pun kat status fb ke, xdenya saya nak sebarkan. lebih baik diam dari sebar benda yg mungkin jd fitnah n gelapkan masa depan org lain.

  4. @Don,

    Harap xdelah lagi duk sebar-sebar perkara yang belum tentu benar kan. Sama-sama kaji, ketahui sumbernya dahulu sebelum sebarkan. 🙂

    Terima Kasih atas komen anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *